SEJARAH SEKOLAH

          Sekolah ini mula di buka pada tahun 1953. Pada masa itu, ia di kenali sebagai sekolah rakyat. Pembukaannya adalah di ilhamkan oleh seorang penduduk Kampung Kuar Jawa iaitu En. Haji Abdullah Sadun. Beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa kampung dan melantik beberapa orang penduduk kampung bagi menjadi ahli.

          Mereka telah membeli serelong tanah untuk di jadikan  tapak sekolah. Akhirnya mereka telah bergotong-royong membina pondok unutk di jadikan tempat murid-murid belajar. Pondok tempat murid-murid tidak dapat bertahan lama kerana runtuh akibat berlaku ribut.

          Pada tahun 1963, di bawah Rancangan Malaysia ke Empat, satu blok satu tingkat telah di bina. Setelah siap ia telah di beri nama Sekolah Kebangsaan Kuar Jawa. Pada tahun 1982, bangunan ini hendak di robohkan apabila kerja-kerja penyediaan tapak dan bangunan baru sekolah hendak di mulakan. Atas desakan Persatuan Ibubapa dan Guru, bangunan ini tidak di robohkan. Bangunan ini di tinggalkan apabila bangunan baru di gunakan mulai 1983. Sebaliknya blok pejabat di gunakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat untuk di jadikan kelas tabika. Bangunan lama ini kemudian di gunakan semula akibat pertambahan murid.

          Pada tahun 1984, atas usaha Tuan Guru Besar En. Mahmud Taha telah berjaya mendapat keizinan dari pihak Jabatan Pendidikan bagi menukar nama sekolah dari Sekolah Kebangsaan Kuar Jawa kepada Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun sempena kegigihan beliau yang telah mencorakkan pembukaan sekolah di Kampung Kuar Jawa. Nama baru itu telah di gunakan sehinggalah sekarang.

No comments:

Post a Comment