KATA ALUAN GURU BESAR

Assalammualaikum W.B.T

          Alhamdulillah saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, blog SK Haji Abdullah Sadun buat julung kalinya dapat di lancarkan dan di layari oleh Ibubapa, guru-guru dan pelajar. Saya menrasa amat sukacita dan berbangga di atas usaha yang di laksanakan oleh guru-guru dan kakitangan untuk sama-sama mewujudkan blog sekolah ini. Berikutan dengan kepesatan teknologi dan era globalisasi, SKHAS berusaha maju setapak dengan memberi kemudahan pendidikan kepada murid sejajar dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pendidikan dan Negara. Oleh itu, penglibatan sekolah seiring dengan kemajuan teknologi dan memgharumkan lagi nama SKHAS serta menghasilkan imej yang unggul dan cemerlang. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan penhargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan blog sekolah SKHAS samaada secara lansung atau sebaliknya. Di harapakan dengan adanya blog ini akan memberi banyak informasi dan kemudahan kepada semua.

Sekian, Wasalam
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun

No comments:

Post a Comment